Pure Marine Collagen / Rumpai Laut / Ibu Kollagen - Cara penyediaan




Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyediakan rumpai laut ini, antaranya ialah:

Cara yang pertama, jika anda tidak tahan dengan bau hanyir rumpai laut.

  • Basuh rumpai laut, ramas-ramas seperti basuh beras 5-6 kali, untuk membuang hablur garam air laut
  • Rendam rumpai laut yang telah dibasuh antara 3-8 jam (elakkan rendam semalaman kerana khasiat rumpat akan berpindah ke air rendaman, memang rumpai laut akan jadi agak berbau, kerana ia adalah tumbuhan dalam air laut)
  • Tapis air rendaman tadi dan basuh rumpai laut ekali lagi, lebih kurang 2-3 kali. (Air rendaman boleh digunakan untuk merendam kaki atau dijadikan mandian)
  • Campur rumpai laut dengan 1.5 liter air kosong  ke dalam periuk untuk direbus (saya selalu campur dengan 2.5 liter air atau sampai rumpai laut hampir cair, lebih banyak dan lebih jimat. Rumpai laut akan mengeras lepas disejukkan dalam peti sejuk)
  • Ketika merebus, boleh letak daun pandan untuk hilangkan bau hanyir.
  • Jika ingin membuat masker, asingkan siap-siap satu bekas untuk anda. Baki rumpai laut bolehlah dicampur dengan gula batu atau perasa pilihan masing-masing atau dibiarkan kosong begitu sahaja.
  • Sejukkan dalam peti sejuk.
  • Ketika hendak makan, bolehlah ambik 3-4 sudu besar dan campurkan dengan air kordial. Dicadangkan diambil ketika pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.

atau
  • Jika anda telah mencampur dengan perasa pilihan, anda boleh letakkan dalam bekas kecil-kecil (lebih mudah untuk dimakan dan dibawa bekal ke pejabat, macam dadih atau puding)
  • Selalunya sepeket rumpai laut boleh bertahan selama sebulan, bergantung kepada penggunaan. (Saya guna tidak sampai sebulan kerana selain minum, saya juga guna sebagai masker dan sekali sekala letak di tumit untuk merawat tumit merekah)


Cara kedua, jika anda boleh tahan dengan bau hanyir rumpai laut dan ingin lihat kesan dengan lebih cepat:

  • Ulang langkah di atas untuk langkah 1-3.
  • Setelah rumpai laut kembang, potong rumpai laut kecil-kecil
  • Rumpai laut yang telah dipotong boleh dicampur dengan air (seperti cincau), ulam atau apa-apa makanan kesukaan yang sesuai

Pelbagai cara sebenarnya yang boleh digunakan untuk menvariasikan rumpai laut ini, terpulang kepada selera masing-masing :)

Antara tips untuk nampak khasiat rumpai laut lebih berkesan:

  • Elakkan meminum kafein dalam tempoh 4 jam sebelum dan selepas mengambil rumpai laut (lebih baik elakkan terus)
  • Banyakkan minum air kosong
  • Lebih berkesan jika diambil dengan VCO, vitamin C atau vitamin E
Selamat mencuba! :)

Ada sebarang pertanyaan? Boleh terus bertanya di FB page kami atau email kami di saranghealth@gmail.com Info lain berkaitan PMC boleh refer post ini.

Berminat? Mari beli daripada kami!

Harga: RM25 sepeket (Semenanjung Malaysia) / RM28 (Sabah / Sarawak) dan harga adalah termasuk postage!!!

Sila hubungi...




atau klik tab Pembelian untuk cara-cara membuat tempahan dan bayaran :)